Kaya Jiwa Adalah Kekayaan Sebenar


kayaRamai manusia sibuk bekerja siang dan malam semata-mata mencari kekayaan harta benda kerana menyangka kekayaan itu boleh memberi kebahagiaan. Namun, kekayaan atau limpahan harta tidak semestinya dapat membeli kebahagiaan atau ketenangan jiwa.

Buktinya ramai manusia yang berharta, menghuni di kediaman mewah dan tersergam indah, namun mereka tidak merasai kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya, ramai yang tidak berharta, kehidupannya serba sederhana dan kurang tetapi jiwanya tenteram.

Petunjuk daripada Rasulullah SAW pernah menjelaskan hakikat sebenar kekayaan seperti dalam hadis ini:

 Kekayaan sebenar

 

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengajar kita bahawa kekayaan itu tidak diukur melalui harta benda yang banyak, tetapi kekayaan sebenar adalah terletak pada jiwa yang kaya. Jiwa yang kaya bermaksud jiwa yang dipenuhi iman dan taqwa serta dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah seperti qanaah, redha dan syukur.

Qanaah, reda dan syukur adalah tiga gandingan sifat terpuji yang saling berhubungan. Individu Muslim perlu memilikinya kerana ia adalah kunci ketenangan jiwa yang menjadi unsur utama menggapai kebahagiaan hidup. Ketiga-tiga sifat ini menjadikan seseorang itu merasa cukup dan tidak mengharapkan sesuatu selain mengharap hanya kepada Allah SWT.

Itulah hakikat kekayaan sebenar yang membawa kepada ketenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Walau bagaimanapun, kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Beruntunglah bagi mereka yang memiliki kekayaan harta benda dan kemewahan hidup, pada masa yang sama juga memiliki jiwa yang kaya dengan sifat-sifat terpuji serta akhlak yang mulia.

 

Sekadar perkongsian…
Mentor Hisham

About

Mentor usahawan berjiwa hartawan dunia dan akhirat. Kenali saya; https://www.facebook.com/noor.hisham.mokhtar https://plus.google.com/116121152872768812991